BV

Diploma Pelajar Selfie Digantung Setahun Oleh UiTM



TINDAKAN seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, mengambil gambar selfie ketika menerima skrol daripada Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub baru-baru ini menerima pelbagai reaksi sama ada positif mahu pun negatif daripada pelayar Internet.
Ramai pihak menyifatkan perbuatan graduan jurusan Fotografi UiTM Lendu itu sebagai tidak beretika kerana melanggar batas protokol majlis rasmi berkenaan.
SELFIE1
Menjelaskan tujuannya bergambar selfie pada majlis tersebut, Hasrul mengatakan dia tidak mengetahui perbuatannya itu adalah menjadi satu kesalahan.
“Saya fikir tindakan itu tidak salah, mengambil gambar selfie juga simbolik untuk pelajar jurusan fotografi.
“Tidak salah untuk saya ‘merakam’ detik bersejarah dalam hidup selepas bertungkus-lumus selama dua tahun setengah untuk mendapat segulung diploma.
“Saya minta maaf jika tindakan saya selfie atas pentas ketika istiadat konvokesyen berlangsung memalukan Universiti Teknologi Mara, saya tidak mampu mengawal perasaan teruja dan seronok selepas menerima segulung diploma,” katanya memetik sebuah akhbar mingguan.
Menurut Hasrul dia mendapat ilham untuk melakukan aksi selfie selepas menonton video sekumpulan graduan dari sebuah universiti tempatan melakukan aksi tarian ketika menerima skrol mereka.
Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan graduan berkenaan digantung diplomanya untuk tempoh setahun atau dua tahun selepas bertindak memalukan UiTM.
“Tindakan dia memalukan UiTM, pelajar diberi penerangan dna garis panduan sebelum memasuki dewan termasuk larangan selfie di atas pentas.  Dia sepatutnya menghormati majlis dan pensyarah yang meraikannya,” kata beliau. 
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Diploma Pelajar Selfie Digantung Setahun Oleh UiTM"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info