BV

Kotak hitam pesawat Germanwings ditemui


LOKASI nahas pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis. - Foto Reuters


SEYNE-LES-ALPES, Perancis: Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata satu daripada kotak hitam pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis sudah ditemui.
"Satu kotak hitam yang ditemui beberapa jam selepas nahas itu akan terus diperiksa untuk membantu siasatan," katanya di sini.
Beliau berkata, tapak nahas itu akan dikawal bagi memudahkan pihak berkuasa termasuk agensi menyelamat masuk ke kawasan itu. - Reuters

Sumber : beritaharian.com
0 Komentar untuk "Kotak hitam pesawat Germanwings ditemui"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info