BV

Disyaki jangkit MERS-CoV

Alor Setar: Seramai 15 individu yang dipercayai baru pulang mengerjakan umrah menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, selepas mengalami simptom penyakit disyaki influenza (ILI), kira-kira 12.30 tengah malam tadi.
Difahamkan, mereka antara 49 individu dari Kuala Nerang dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) selepas mengalami batuk, sakit badan dan selesema malam tadi.
Bagaimanapun, hanya 15 individu dimasukkan ke wad HSB selepas didapati mengalami simptom berkenaan.
Sumber dari Jabatan Kesihatan negeri berkata, sehingga kini spesimen mereka dihantar ke makmal perubatan bagi mengesahkan sama ada mereka dijangkiti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS-CoV).
"Kebiasaannya hasil ujian makmal itu mengambil masa kira-kira enam jam paling awal sebelum kita boleh sahkan sama ada mereka menghidapi MERS-CoV, " katanya.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39045#sthash.DVEyUgVQ.dpuf
0 Komentar untuk "Disyaki jangkit MERS-CoV"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info