BV

Hanis Zalikha-Hairul Azreen nikah 5 Jun



KUALA LUMPUR: Selesai majlis pertunangan pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen semalam, keluarga mereka sepakat untuk melangsungkan majlis pernikahan pada 5 Jun depan.
Kedua-dua keluarga juga bersetuju majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan 14 Jun di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Menurut Hanis, pada saat ini majlis akad nikah mereka belum diputuskan sama ada akan diadakan di kediaman keluarganya di Bukit Jelutong atau di masjid.
"Saya bersyukur sebab semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah. Lega bila keluarga dapat berbincang bertentang mata dan kenal-mengenali sebelum anak mereka bernikah.
"Selesai satu fasa mengikut adat, sekarang teruja terus-menerus ke persiapan kahwin. Insya-Allah doakan semuanya berjalan seperti dirancang," kata Hanis.
Pasangan ini mengejutkan industri seni selepas Hairul melamar Hanis secara langsung pada 4 Januari lalu menerusi siaran langsung pertandingan Gegar Vaganza anjuran stesen penyiaran Astro.
Qarmasutra Design Studio bertindak sebagai perunding majlis perkahwinan pasangan ini.

Sumber : beritaharian.com
0 Komentar untuk "Hanis Zalikha-Hairul Azreen nikah 5 Jun"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info