BV

Rezeki Berhijab, Che Ta Terima Kontrak RM1 Juta



SIAPA cakap kalau dah berhijab, rezeki seseorang selebriti itu akan tersekat.
Rezeki Allah itu maha luas. Macam tu la yang terjadi kat pelakon cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta yang semakin murah rezeki sejak tampil dengan imej bertudung, baru-baru ini.
Menurut Harian Metro, Che Ta mengakui ada menerima tawaran bernilai RM1 juat dari sebuah jenama pengeluar tekstil terkenal untuk menjalankan kempen pengiklanan selama tiga bulan.
Pergh.. lebat rezeki mama Aisyah Dhia Rana ni kan..
Tapi, Che Ta menerangkan RM1 juta yang diterimanya itu tidaklah sepenuhnya dalam bentuk wang ringgit sebaliknya termasuk juga produk keluaran syarikat tersebut.
“Ya, memang betul tapi saya tidak terima jumlah berkenaan dalam bentuk wang tunai sepenuhnya. Ia sebenarnya merangkumi beberapa produk dan wang tunai yang merangkumi nilai tersebut,” katanya memetik Harian Metro.
Isteri aktor Zain Saidin juga pada mulanya terkejut dengan tawaran yang diterimanya namun teruja dengan offer tersebut kerana perkara ini membuktikan artis bertudung masih ada tempat dan ruang untuk mendapat kontrak pengiklanan sebesar itu seperti mana artis-artis yang tidak berhijab di luar sana.
Tu la siapa cakap artis bertudung dah tak laku nak jadi duta sesebuah produk kan? Tahniah Che Ta di atas rezeki terpijak itu! – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Rezeki Berhijab, Che Ta Terima Kontrak RM1 Juta"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info