BV

Gempar dentuman

Kuala Lumpur : Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT Masjid Jamek di sini, gempar apabila sebahagian siling stesen itu runtuh mendadak.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam, bahagian siling sepanjang kira-kira tiga meter di Landasan Satu tingkat bawah stesen itu runtuh.
Salah seorang saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Amirul, 28, berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat di lokasi kejadian sebelum mendapati siling kawasan stesen LRT itu runtuh.

“Bagaimanapun tiada mangsa yang cedera dalam runtuhan siling itu dan operasi perkhidmatan tren LRT berjalan seperti biasa.
“Sebelum runtuhan siling itu berlaku, sememangnya terdapat kerja naik taraf dilakukan di kawasan itu,” katanya.
Difahamkan kerja pembersihan dan pemasangan siling sedang dijalankan kontraktor dilantik Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).
Sementara itu, jurucakap Prasarana ketika dihubungi berkata, punca sebenar runtuhan masih lagi disiasat.
“Pihak kami sedang menjalankan siasatan punca sebenar kejadian dan kawasan runtuhan sudah ditutup kepada orang awam,” katanya.



- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38959#sthash.FGyrlmKz.dpuf
0 Komentar untuk "Gempar dentuman"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info