BV

Shah Rukh Khan marah peminat

Penangan wira papan kekunci (keyboard worrior) dalam laman sosial membuatkan Raja Bollywood, Shah Rukh Khan tertekan dengan komen yang diterimanya melalui laman sosial Twitter.
Pelbagai cemuhan diterima pelakon yang telah membintangi hampir 85 buah filem itu. Antaranya, dia dikatakan tidak pandai menghasilkan filem dan ada juga sesetengah pihak yang cuba menunjuk ajarnya berkaitan hal perfileman.
Berang dengan kenyataan melulu pengikutnya dalam laman sosial tersebut, aktor itu memberi status balas dengan mengatakan bahawa dia kecewa dengan pengikutnya di laman sosial.
Shah Rukh mengaku membaca semua komen yang ditinggalkan dan menyifatkan sikap segelintir pengikutnya di dalam sosial tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.
Bintang tersohor itu menyifatkan peminat yang memberi komen negatif terhadap dirinya sebagai pengecut dan hanya tahu menuding jari mencari salah orang lain.
Tulisnya: “Adakah kalian gembira menulis sesuatu yang buruk tentang orang lain? Atau kalian hanya mahu berasa teruja kerana berjaya masuk dalam timeline saya?”




Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz3VIGSWYe1 
Hakcipta terpelihara 
0 Komentar untuk "Shah Rukh Khan marah peminat"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info