BV

Ambil Tindakan Tegas Kepada Pemandu Tidak Guna Meter - Pengusaha Teksi



KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Teksi Semenanjung Malaysia berharap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu teksi yang masih berdegil enggan menggunakan meter semasa membawa penumpang.
Bendaharinya, Abdul Razak Abdul Aziz berkata kenaikan tambang baharu-baharu ini akan meningkatkan industri perkhidmatan teksi yang sentiasa berdepan kritikan berikutan tindakan segelintir pemandu yang tidak menggunakan meter.

"Kami menunggu sekian lama untuk kenaikan tambang ini. Kami berharap tiada lagi kes pemandu teksi yang tidak menggunakan meter.

"Kami menyokong SPAD untuk mengambil sebarang pendekatan bagi meningkatkan industri perkhidmatan teksi. Pemandu teksi bersetuju dengan kenaikan tambang itu," katanya.

Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan kadar tambang baharu teksi.

Dibawah kadar yang diumumkan oleh SPAD pada Khamis, tambang baharu untuk teksi bajet ditetapkan pada 25 sen untuk setiap 200 meter berbanding 10 sen untuk setiap 115 meter sebelum ini.

Ia meningkat kira-kira 40 sen, daripada hanya 85 sen per kilometer kepada RM1.25 per kilometer.


Sumber : mstar.com
0 Komentar untuk "Ambil Tindakan Tegas Kepada Pemandu Tidak Guna Meter - Pengusaha Teksi"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info