BV

Pemandu Lori Didakwa Raba Payu Dara Promoter Pasar Raya



KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori bakal berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan meraba payu dara seorang promoter pasar raya, tiga hari lepas.
S. Joshua, 26, didakwa meraba wanita berusia 26 tahun itu untuk mencabul kehormatannya di Level G, berhampiran mesin autopay sebuah pasar raya di Brickfields di sini pada 11.40 pagi, 5 Julai lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.
Joshua bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.
Majistret Saifulakmal Said membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati pengadu atau mana-mana saksi pendakwa raya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak manakala Joshua diwakili peguam R. Murugan.
Mahkamah menetapkan 11 Ogos untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Sumber : mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Pemandu Lori Didakwa Raba Payu Dara Promoter Pasar Raya"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info