BV

Remaja 13 Tahun Ditahan Ugut Sebar Video Bogel Di Sepang



SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan pihak polis atas dakwaan mengugut mahu mengedarkan video aksi bogel seorang gadis sedang beronani.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asst Comm Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menahan remaja itu di Sepang, kelmarin.
“Suspek kini direman untuk membantu siastan. Kami merampas sebuah telefon bimbit, sebuah komputer riba, dua tshirt, sehelai seluar pendek dan bil telefon,” katanya.
Memetik laporan The Star, suspek berkenalan dengan gadis yang juga sebaya dengannya itu menerusi aplikasi perbualan We Chat pada Mac lalu.
Sejak dari itu, mereka menjadi rapat dan sering berbual setiap hari sehingga sampai satu tahap suspek meminta gambar dan video lucah daripada gadis tersebut.
Difahamkan mangsa mengikut kemahuan rakannya itu selepas beberapa kali diminta.
“Pada mulanya hubungan mereka berjalan seperti biasa sehinggalah suspek mula meminta gambar dan video.
“Mei lalu, suspek meminta gambar dan video bogel gadis tersebut dan pada pertengahan Jun pula dia meminta dikirimkan kepadanya video gadis itu sedang beronani,” katanya lagi.
Selepas mengirimkan gambar dan video lucah seperti diminta suspek, mangsa tidak lagi berbual dan menghubunginya selepas itu.
“Perkara itu telah membuatkan suspek berang dan mengugut untuk menyebarkan gambar dan video mangsa. Mangsa kemudian membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan suspek.
Menerusi hasil siasatan, difahamkan suspek telah menyebarkan foto dan video tersebut kepada abangnya serta ‘group chat’.
Mangsa yang merupakan pelajar di sebuah sekolah swasta di Petaling Jaya dipercayai tidak pernah bertemu dengan suspek sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Remaja 13 Tahun Ditahan Ugut Sebar Video Bogel Di Sepang"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info