BV

Guru Rogol Murid Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan


Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Seorang guru sekolah menengah terpaksa menyambut Aidilfitri dalam penjara selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan akhirnya atas sabitan dan hukuman penjara 10 tahun kerana merogol pelajarnya yang berusia 15 tahun.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md, Raus Sharif yang mengetuai panel tiga anggota mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan ke atas Sallehhuddin Mohd Kassim, 34, yang dijatuhi Mahkamah Tinggi di Johor, kerana merogol pelajar itu.
“Selepas menimbangkan hujahan dan keterangan kes, kami berpendapat tiada sebab bagi mahkamah ini untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi. Rayuan perayu ditolak,” kata Hakim Md Raus yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim.
Bagaimanapun, dalam keputusan sebulat suara itu, Hakim Md Raus membenarkan rayuan guru itu untuk mengetepikan hukuman penjara 10 tahun yang dijatuhi Mahkamah Tinggi itu bagi pertuduhan pertama iaitu merogol pelajar sama, yang ketika kejadian berumur 14 tahun.
Mahkamah Tinggi itu menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 10 tahun dan dua sebatan terhadap guru itu selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol pelajar perempuan itu dan hukuman itu berjalan berasingan. – BERNAMA

Sumber : mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Guru Rogol Murid Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info