BV

Lelaki Ditembak Mati Kerana Keluarkan Pistol Palsu



SEORANG lelaki yang dipercayai telah mencuri minuman keras di sebuah restoran telah ditembak mati selepas dia mengeluarkan pistol palsu yang menyebabkan pihak polis di Amerika Syarikat terpaksa melepaskan tembakan.
Sarjan Gabriel Green dan pegawai Kaylynn Griffin berhadapan dengan James Bushey yang didakwa telah mencuri minuman keras di sebuah kedai berhampiran dan cuba melarikan diri ke dalam sebuah restoran.
james-bushey
James pada awalnya kelihatan tenang ketika diiringi keluar dari restoran oleh dua orang polis tersebut namun bertindak mengeluarkan sepucuk pistol yang menyebabkan kedua-dua polis tersebut panik lalu melepaskan tembakan.
Kaylynn dikatakan cuba membuat bantuan pernafasan udara namun James telah mati di tempat kejadian, video tersebut telah dirakam melalui kamera yang diletakkan di badan (body-cam) Kaylynn.
Video : https://youtu.be/kSiqfM2GR4E
Video yang menunjukkan detik cemas yang dihadapi dua orang polis itu telah dikeluarkan pihak berkuasa sebagai bukti atau keterangan untuk membela polis tersebut kerana menembak suspek sampai mati.
Pihak polis kemudiaannya diberitahu pistol yang dikeluarkan oleh James itu adalah palsu yang kelihatan sama seperti pistol Colt 1911 dan mereka juga masih tertanya-tanya kenapa James bertindak sedemikian.
Walaubagaimanapun, kedua-dua orang polis itu kini terlepas daripada tuduhan kerana terdapat bukti yang menunjukkan mereka tidak bersalah dalam video tersebut. – AGENSI/ MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Lelaki Ditembak Mati Kerana Keluarkan Pistol Palsu"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info