BV

‘Duduk Di UK Pun Susah Juga’

‘Duduk Di UK Pun Susah Juga’ | Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Rysherz Rayn telah berkongsi pengalamannya ketika berada di United Kingdom yang menjadi viral baru-baru ini.

Menurutnya, satu jam bekerja part time di United Kingdom dengan bayaran 5 pound sterling sudah mampu membeli banyak barang.

Namun, seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Mu’adib Shakir telah tampil dan menyangkal dakwaan Rysherz Rayn yang menunjukkan kos hidup di United Kingdom jauh lagi murah berbanding Malaysia.

‘Duduk Di UK Pun Susah Juga’

To those Malaysians who studying in UK and have said living cost in UK is far way more reasonable and affordable than Malaysia. I think they need to join me chilling out with homeless and spend some times with locals in England. See how they struggles.

Diorang ni kena banyak buat kawan dengan mat saleh dan lawat rumah diorang. Jangan kawan dengan Britons yang kaya sahaja. Kawan dengan semua jenis Britons dan kenal pasti betapa susahnya hidup di UK dengan kadar VAT sehingga 20%.

Berapa ramai anak Britons yang decide tak nak belajar di universiti sebab tak nak menanggung hutang belajar tetapi korang tak nampak sebab korang lepak dengan orang Malaysia dan keluarga Mat Saleh yang korang kenal di university sahaja. Berapa ramai budak-budak Malaysia yang keluar 2 3 pagi ke London dan duduk melepak dengan homelss dan tanya pengalaman hidup mereka.

Kenapa tak nak cerita sekali kos bilik sewa yang mahal?

Baru bilik, bukan rumah sewa. Kenapa tak cerita harga minyak yang mahal? Cuba cari pengalaman kerja tetap selama setahun di sana sebagai fresh graduate, baru tahu betapa sakit nak bayar cukai itu ini.
Hidup di sana sebagai student memanglah tak rasa sakit sebab student is exempted dari cukai. Ambil tahulah sikit tentang badan pelajar di UK yang dikenali sebagai National Union of Student (NUS) yang cuba fight kerajaan supaya tidak menaikkan harga yuran pengajian dan kos sara hidup student. Diorang bangkit melawan polisi kerajaan UK sebab diorang tahu betapa susahnya hidup di UK sama ada sebagai student ataupun rakyat biasa.

Pernahkah Malaysian ini bekerja secara volunteer di Food Bank UK? Pernah tengok proses catuan makanan untuk keluarga dan individu di UK yang tak mampu sara keluarga mereka? Sampai ada yang minta plastik Tesco lebih sebab nak tunjukkan pada keluarga yang diorang beli barang dari Tesco rather than mintak dekat Food Bank.

Mentang-mentang hidup bawah scholarship ataupun ditaja mak bapak, terus lupa diri. Kalau dah tak suka dengan sistem negara sekarang, belajar gempak-gempak di UK lepas itu balik Malaysia tolong improvekan sistem sedia ada.

Ini adalah pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman saya sebagai pelajar BSc yang pernah dapat peluang kerja di UK selama setahun.

– Kutu rayau Melayu yang suka melepak dengan homeless dan kutu rayau UK
– NUS Delegates
– Brunel Volunteer

Sumber : katakcomel

0 Komentar untuk "‘Duduk Di UK Pun Susah Juga’"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info