BV

Lebih 200 Mohon Cuti Bila Zayn Umum Keluar One Direction!



OBSESI terhadap figura popular, Zayn Malik makin menjadi-jadi susulan pengumuman bintang itu untuk berundur dari kumpulan One Direction.
Mana taknya, selepas membuat pengesahan tersebut, ramai individu cuba memohon cuti ihsan daripada majikan mereka menggunakan alasan Zayn Malik!

[TERDAHULU: Zayn Malik Tinggalkan One Direction, Mahu Jalani Hidup Biasa]

ONE_DIRECTION_-_TOUR_FEBRUARY_2015_-_PUBLICITY_IMAGE
Berita tersebut didedahkan oleh seorang pakar perundangan pekerjaan di London apabila beliau menerima lebih 200 panggilan daripada pekerja untuk memohon cuti.
Ujar Pengarah Undang-Undang Penjawatan Peninsula, Alan Price, “Ia merupakan satu situasi yang sukar untuk difahami.
“Walaupun saya bersimpati dengan peminat One Direction, saya tak rasa ini melayakkan mereka untuk mendapat cuti belas kasihan.”
Tambahnya lagi, “Jika ada pekerja yang begitu terkesan dengan isu ini, minta sahaja cuti biasa. Cuti belas kasihan hanya dibenarkan jika berlaku kematian dalam kalangan waris terdekat.
“Lainlah kalau pekerja itu tidak tahu dia ada pertalian keluarga dengan Zayn Malik.”
Best Song Ever – Salah Satu Video Muzik Popular One Direction

Sumber : mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Lebih 200 Mohon Cuti Bila Zayn Umum Keluar One Direction!"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info