BV

Bekas selebriti melarat di rumah perlindungan wanita

Baru-baru ini rakan Cik Tina menerima satu surat daripada seorang guru yang perihatin terhadap nasib yang menimpa muridnya kerana masalah keluarganya yang bertimpa-timpa.
Yang membuat Cik Tina nak bercerita di sini ni bukan apa… sebabnya ibu kepada anak murid cikgu itu ialah bekas selebriti. Dia yang memiliki wajah cantik macam pelakon Hindustan itu pernah masuk program pertandingan di TV pada awalnya.
Selepas itu dia aktif sebagai model dan juga pernah berlakon dalam drama-drama tempatan. Selepas kahwin, dia menyepi. Rupa-rupanya dia tak bahagia dan mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Selepas miliki lima orang anak, bekas selebriti itu bercerai.
Gambar hiasan
Gambar hiasan
Haa… kalau nak tahu wanita itu ada adik yang kini aktif sebabai pelakon. Cantik dan seksi juga adiknya itu. Tapi tak tahulah apa sebabnya sehingga dia melarat dan tidak dihiraukan oleh keluarga.
Wanita itu pernah tinggal di beberapa rumah perlindungan kerana kes keganasan rumah tangga yang dilaluinya.
Kerana ada masalah semasa dia menginap beberapa kali lah dia dipindahkan ke pusat-pusat lain. Ada juga yang mendakwa dia membawa masalah sosial di tempat dia menumpang tu. Tak tahulah betul ke tidak.
Kini khabarnya dia tinggal di sebuah rumah perlindungan di sebelah Utara tanah air. Wanita yang pernah hidup dalam dunia glamor itu berasa dia tak sesuai tinggal di rumah perlindungan, sementelah bergaul dengan warga tua dan yang ada penyakit. Dia macam tak dapat menerima hakikat kehidupannya dah tidak serupa dulu.
Kesian pula Cik Tina dengar nasib bekas selebriti ini. Tujuan cikgu tadi kirim cerita ni bukan nak mengaibkannya sebaliknya berharap agar ada pihak yang membantu wanita itu.
Apatah lagi dia menyifatkan anak-anak selebriti itu cerdik dalam pelajaran namun ditimpa kemurungan dengan masalah yang berlaku.


Sumber : manggaonline.com
0 Komentar untuk "Bekas selebriti melarat di rumah perlindungan wanita"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info