BV

Rihanna Nafi Sedang Bercinta Dengan Leonardo DiCaprio



Baru-baru ini Rihanna baru sahaja meledakkan pentas di anugerah iHeartRadio Music dengan persembahan single terbarunya yang berjudul Bit** Better Have My Money.

Persembahannya itu sememangnya memberi impak kepada semua yang menonton ketika itu.

Namun, ditanya mengenai kisah percintaannya, penyanyi berusia 27 tahun itu nafi sedang bercinta dengan pelakon filem Titanic, Leonardo Dicaprio.

30-rihanna-iheartradio-awards.w529.h529.2x

Beliau yang hadir memberi sokongan kepada rakan karibnya di sebuah majlis pelancaran di New York semalam menepis gosip liar yang direka oleh bloggers.
Rihanna diajukan soalan sama ada dia suka atau tidak jika namanya berbunyi Rihanna DiCaprio dan jawapan yang diberikan amat ringkas.
“Saya rasa kamu perlu jauhi berita daripada blog kerana mereka akan membuat kamu sering tertanya-tanya,” kata Rihanna kepada sebuah majalah di sana.
- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Rihanna Nafi Sedang Bercinta Dengan Leonardo DiCaprio"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info