BV

Fizo Omar Ikrar Derma Organ Lepas Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR – Seorang lagi selebriti tanah air, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar menyatakan ikrar untuk menjadi penderma organ bagi membantu mereka yang memerlukan selepas dirinya meninggal dunia.
Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memberitahu, Fizo Omar turut menyatakan ikrar itu melalui laman Facebook rasminya semalam dengan memaklumkan perkara itu telah dimaklumkan kepada isteri dan ibunya.
“Ikrar Fizo Omar ini memberi harapan kepada lebih 19,000 pesakit yang memerlukan,” kata kenyataan itu hari ini.
Fizo Omar
Kementerian Kesihatan memaklumkan, hanya keluarga terdekat sahaja yang boleh memberi kebenaran untuk menderma organ mana-mana individu yang berhasrat menderma organ selepas meninggal dunia.
Justeru, kata kenyataan itu, seseorang yang telah berikrar dinasihatkan untuk memberitahu ahli keluarga terdekat mengenai hasratnya kerana perkara itu terkandung dalam Akta Tisu Manusia 1974.
Kementerian Kesihatan turut menjelaskan fatwa kebangsaan pada tahun 1970 telah mengharuskan pendermaan organ.
“Maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai derma organ boleh didapati di www.dermaorgan.gov.my atauwww.facebook.com/dermaorgan,” kata kenyataan itu.
Sementara Fizo Omar dalam Facebook beliau turut berharap lebih ramai rakan artis tampil ke depan menzahirkan ikrar untuk menderma organ selepas meninggal dunia.
- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Fizo Omar Ikrar Derma Organ Lepas Meninggal Dunia"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info