BV

Perghh.. Wang Kertas RM100 Dijual Dengan Harga RM76 Ribu



PERCAYA atau tidak, sekeping wang kertas bernilai RM100 berjaya terjual dengan harga bidaan RM 76,000 sekali gus mencatatkan jualan lelongan tertinggi, semalam.
Wang kertas yang dicetak dengan nombor siri AA8888888 mendapat perhatian hingga berjaya dilelong dalam satu jualan lelong yang bertempat di Auditorium, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.
Selain itu, 178 keping wang kertas yang lain yang juga memiliki nombor unik turut dilelong dalam jualan yang dikendalikan oleh MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd, iaitu jurulelong yang telah dilantik oleh bank pusat itu.
Menurut Pengarah Urusan MNP Auctioneers (Central) Sdn Bhd Stephen Soon, wang kertas itu bukan sahaja menjadi rebutan pengumpul wang kertas tempatan malah menarik perhatian pengumpul barangan unik dari Singapura.
Jelasnya, jualan lelongan seperti ini sentiasa dinantikan oleh pengumpul wang kertas kerana wang kertas bernombor siri unik ini tidak ada di pasaran.
Kebiasaanya, wang kertas yang memiliki nombor siri cantik dan istimewa ini menjadi koleksi khas buat para penggemarnya.
Oleh sebab itu, wang kertas dengan nombor siri istimewa ini mempunyai nilai premium dalam pasaran pengumpul wang kertas. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Perghh.. Wang Kertas RM100 Dijual Dengan Harga RM76 Ribu"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info