BV

Pemilik Kecewa Rumah Mereka Yang Lewat Diserahkan Kunci Oleh Pemaju Kini Dihantui Masalah 'Misteri' Untuk Diduduki.



POKOK SENA: "Sudah jatuh ditimpa tangga", itulah pepatah yang dapat dikatakan bagi menggambarkan nasib 200 pemilik rumah Taman Sejahtera, Pokok Sena, Kedah apabila rumah yang dibeli mereka tidak selamat diduduki.

Mana tidaknya, wakil penduduk di situ  mendakwa berlaku satu "Magic" apabila rumah yang mereka beli itu mengalami hujan memenuhi ruangan rumah apabila saluran paip dipasang oleh pihak Syarikat Air Darul Aman(SADA).









Wakil penduduk Taman Sejahtera, Encik Zulhilmi Bin Ahmad, menghubungi kami mendakwa rumah yang dibina itu dikatakan lewat disiapkan selama 14 bulan dan apabila diserahkan kunci masalah ini pula terjadi.

"Apabila air paip disambung oleh pihak SADA, rumah-rumah yang lewat setahun diserahkan kunci ini mengalami 'hujan' apabila kelihatan air keluar dari siling dan dinding rumah.'

"Apa yang paling mengejutkan ada dua buah rumah air keluar laju melalui ruang sistem pendawaiaan elektrik yang nyata mengejutkan kami, ia amat berbahaya dan memang tidak selamat langsung untuk diduduki," Katanya.

Untuk membuktikan kata-katanya itu, Zulhilmi ada menghantar tiga rakaman video tentang kejadian yang nyata merbahaya ini kerana ia melibatkan arus elektrik dan air.


Sumber : siakapkeli.com
0 Komentar untuk "Pemilik Kecewa Rumah Mereka Yang Lewat Diserahkan Kunci Oleh Pemaju Kini Dihantui Masalah 'Misteri' Untuk Diduduki."

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info