BV

Perdana Menteri Lancar Set Panduan GST


Pegawai Kastam Norhayati Ab Rahim (kanan) dan Kamarul Rafiny Kamarudin menunjukkan buku FAQ Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kastam di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

PETALING JAYA – Set panduan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilancarkan hari ini bagi meningkatkan kefahaman orang ramai terhadap sistem percukaian itu.
Pelancaran set berkenaan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Set panduan itu meliputi Buku FAQ GST, TAP Handbook, Video Multimedia Panduan Mengemukakan Penyata dan Bayaran GST, dan Hotline Helpdesk GST.
Buku FAQ mengandungi jawapan-jawapan bagi soalan-soalan lazim berkaitan GST untuk orang ramai.
Buku TAP Handbook dan Video Multimedia Panduan Mengemukakan Penyata dan Bayaran GST pula panduan kepada peniaga-peniaga yang telah berdaftar GST tentang cara-cara mengisi dan mengemukakan Borang Penyata GST dan kaedah-kaedah dalam membuat bayaran.
Hotline Helpdesk yang disediakan di semua pejabat Kastam seluruh negeri adalah tambahan talian sedia ada di Hotline GST dan Customs Call Centre.
Semua maklumat mengenai set panduan berkenaan boleh didapati melalui www.gst.customs.gov.my. – BERNAMA

Sumber : mynewshub.cc

0 Komentar untuk "Perdana Menteri Lancar Set Panduan GST"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info