BV

Budak Jalan Dalam Tidur Terselamat Jatuh Tingkat 5



CHINA – Berpantang maut sebelum ajal. Meskipun jatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri ketika berjalan semasa tidur, seorang budak berusia 12 tahun terselamat.
Budak itu terjatuh di atas sebuah kereta yang diletakkan di kawasan bangunan terbabit.
Menurut seorang kerani sebuah hotel, ketika melintas jalan di situ, dia mendengar bunyi hentakan yang kuat dan menyangka ia merupakan kemalangan jalan raya.
Namun apabila dia mendekati kawasan tersebut, kerani wanita itu melihat seorang budak terbaring di atas sebuah kereta dan ketika itu dia sedang menangis.
“Ketika itu budak tersebut berada dalam keadaan sedar dan ambulans terpaksa dipanggil.
“Dia bernasib baik kerana jatuh di atas sebuah kereta, jika tidak mungkin dia sudah meninggal dunia,’’ katanya.
BUDAK
Sementara itu, doktor memberitahu budak itu tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa. Dia hanya cedera di kaki.
Manakala pemilik kereta itu pula, Xiao Deng berkata, ketika kejadian, dia sedang makan malam di situ.
“Saya menghubungi syarikat insurans dan mereka memaklumkan terpaksa memeriksa sama ada tuntutan insurans boleh dilakukan.
“Ini kerana syarikat insurans sendiri tidak pernah menemui kes seperti itu,’’ katanya.
- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Budak Jalan Dalam Tidur Terselamat Jatuh Tingkat 5"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info