BV

Lelaki Terima Balasan, Culik Dan Sumbat Tunang Dalam Beg Beroda



CHINA – Seorang lelaki yang menculik tunangnya atas nama cinta kemudian menyumbat wanita itu dalam beg beroda di dalam lapangan terbang, akhirnya menerima balasan.
Wang Li, 29, dipenjara setahun kerana menculik Mu He, 27, selepas wanita itu mahu menamatkan hubungan mereka.
Lelaki itu sanggup meredah perjalanan sejauh 2,000 batu ke kampung halaman Mu sebelum mengikatnya dan kemudian menyumbat wanita itu dalam beg beroda.
Dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Xi’an Xianyang, selepas orang ramai di situ melihat ada benda di dalam beg berkenaan yang bergerak.
Menurut polis, mereka terkejut apabila membuka beg tersebut dan mendapati seorang wanita muda berada di dalamnya dengan mulut terikat hingga menyebabkan dia tidak boleh menjerit.
“Wanita itu bernasib baik kerana ditemui lebih awal, jika tidak dia pasti akan mati kelemasan atau kesejukan di dalam pesawat,” kata polis.
Dalam pada itu, ketika perbicaraan di mahkamah, Wang Li memberitahu dia berbuat demikian kerana cinta.
“Saya sangkakan tindakan itu satu-satunya cara untuk memisahkannya dengan keluarganya yang tidak pernah sukakan saya,” katanya.

- MYNEWSHUB.cc
0 Komentar untuk "Lelaki Terima Balasan, Culik Dan Sumbat Tunang Dalam Beg Beroda"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info