BV

23 cedera pesawat Air Canada mendarat cemas di Halifax



MONTREAL, Kanada: Sebuah pesawat Air Canada dari Toronto ke Halifax terbabas daripada landasan selepas membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield awal pagi ini, mengikut syarikat penerbangan itu.

Seramai 23 penumpang dalam pesawat Air Canada, penerbangan AC624 cedera ringan dan dirujuk ke hospital.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Halifax Stanfield, Peter Spurway, berkata ada satu 'pendaratan menakutkan' di landasan kira-kira jam 12.35 pagi tadi (Montreal 12 jam di belakang waktu Malaysia).

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan serius direkodkan.

Spurway berkata, pasukan penyiasat persekutuan sudah dipanggil untuk menyiasat kejadian itu.

Pesawat itu membawa 132 penumpang dan lima anak kapal ketika kemalangan itu. AC624, sebuah Airbus A320 berlepas dari Toronto kira-kira jam 9.05 malam (Sabtu). - Agensi
0 Komentar untuk "23 cedera pesawat Air Canada mendarat cemas di Halifax"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info