BV

Mak Jah Hidap Barah Rahim Punca Jarang dilihat Dikaca TV Sekarang



Sejak kebelakangan ini anda pasti jarang melihat pelaok veteran, Maimunah Ahmad, 68, atau lebih mesra dengan panggilan Mak Jah, jarang dilihat di kaca televisyen.

Untuk pengetahuan pembaca semua, Mak Jah kini dikatakan tidak sihat selepas diserang penyakit barah rahim dan kerana sakit tersebut Mak Jah kini mula mengurangkan aktiviti seninya.

Mungkin tidak sepopular artis lain tetapi perlu diketahui Mak Jah sudah membintangi berpuluh-puluh drama dan filem.

Menurut Mak Jah, dia mula mengetahui akan penyakit itu setelah membuat pemeriksaan di hospital pada Jun tahun lalu.

"Mula-mula, saya demam dan sakit-sakit sendi. Sebelum ini, saya ada kencing manis dan darah tinggi. Apabila menjalankan pemeriksaan, doktor mengesahkan saya mengidap barah rahim tahap pertama.

"Ketika dapat tahu mengenai penyakit itu, saya mula tidak tentu arah, terkejut dan buntu. Namun, doktor memainkan peranan dengan memberi khidmat nasihat agar saya tidak tertekan.

"Mula dari saat itu, saya bergantung dengan ubat-ubatan sehingga kini. Alhamdulillah, dua tapak barah yang dikesan doktor sudah hilang dan tinggal satu lagi yang masih ada,"katanya lagi.

Tambah Mak Jah, sepanjang enam bulan pertama, dia terpaksa menolak tawaran lakonan kerana memikirkan mengenai penyakit yang dideritainya itu.

"Saya terpaksa tolak tawaran kerana memikirkan soal kesihatan. Tambahan pula, saya perlu ulang alik ke hospital dua kali seminggu untuk rawatan susulan.

"Jadi, saya perlu memilih antara duit ataupun sihat dan saya pilih untuk sihat. Namun, saya perlukan duit untuk beli ubat. Selain doktor, saya juga turut mendapatkan nasihat daripada ustaz di masjid. Mereka memberikan kata-kata semangat untuk saya bangkit.

"Dulu, saya sering berperang dengan perasaan, masa saya tidak lama lagi. Apa yang perlu saya buat? Akhirnya saya dapat kekuatan itu," katanya ydipetik Sinar Harian.

Jelas Mak Jah, dia baharu sahaja selesai penggambaran untuk filem MIG, Keranda Tok Wan Terbang dan bakal turun ke lokasi filem baharu tidak lama lagi.

Selain itu, Mak Jah juga bakal tampil dengan filem pertamanya sebagai watak utama, Selfie Suara Kubur, yang akan ditayangkan mulai 23 April depan. - Siakapkeli.com.my
0 Komentar untuk "Mak Jah Hidap Barah Rahim Punca Jarang dilihat Dikaca TV Sekarang"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info