BV

Cas GST Pada Jualan Surat Khabar, 7-Eleven Mohon Maaf



Oleh kerana kesilapan mengenakan bayaran cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap jualan akhbar, rangkaian kedai runcit 7 Eleven membuat permohonan maaf kepada para pelanggannya.
Menurut laman Facebook rasminya semalam, 7-Eleven menjelaskan bahawa terdapat kekeliruan pada sistem mesin jualan lantas menafikan tuduhan bahawa pihaknya sengaja melakukan demikian bagi meraih keuntungan.

[BACA INI: GST: 40% Aduan Tentang ‘Top Up’, Telco Diberi Amaran]

pix_gal1
“Mewakili 7-Eleven Malaysia Holdings Berhad, kami ingin memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas dengan kesilapan mengenakan cukai GST kepada beberapa item yang dijual.
“Kesilapan teknikal itu telah menjejaskan sesetengah produk akhbar yang dijual dan menyebabkan kenaikan nilai harga walaupun mengikut garisan peraturan GST, ia tidak sepatutnya berlaku.
“Sejurus selepas mendapat tahu tentang insiden tersebut, kami terus menarik balik penjualan produk tersebut untuk tidak menyusahkan pelanggan.”
Untitled (8)

Tambah syarikat tersebut, bagi pelanggan yang terkesan, bolehlah menghubungi melalui ruangan mesej di Facebook 7-Eleven Malaysia yang rasmi atau email di marketing@7eleven.com.my bagi menyelesaikan isu tuntutan baki wang.
- MYNEWSHUB.MY
0 Komentar untuk "Cas GST Pada Jualan Surat Khabar, 7-Eleven Mohon Maaf"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info