BV

Driver Teksi Nafi Ada Berkasar, Dakwa Difitnah Gadis MyVi



SEMALAM, video rakaman pertengkaran antara sekumpulan gadis dan seorang pemandu teksi telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen.
Pada mulanya ramai menyalahkan kelancangan mulut gadis-gadis dalam rakaman terbabit namun selepas beredarnya rakaman video lebih panjang dan laporan polis, rata-rata mula menyalahkan pemandu teksi yang dikatakan terlebih dahulu mengasari salah seorang gadis terbabit.
video-viral
Cerita yang tersebar menyatakan, punca kejadian itu kerana pemandu teksi enggan memberi laluan kepada kereta Myvi walaupun sudah diberikan isyarat masuk ke kiri, termasuklah dengan menggunakan tangan.
“Pemandu teksi itu enggan memberi laluan dan menghimput kenderaan kami daripada masuk ke stesen minyak terbabit. Sejurus masuk ke stesen minyak, teksi itu secara tiba-tiba datang dari kiri dan melanggar kenderaan kami beberapa kali,” dakwa Sharifah Fara Ryyana Syed Fareid.
Jika itu cerita yang dimaklumkan pihak sebelah perempuan, hari ini timbul pula cerita lain, kali ini versi pemandu teksi terbabit.
Seorang individu yang mendakwa dirinya rakan sepejabat pemandu teksi berkenaan yang dikenali sebagai Cikgu Azmi, telah memuatnaik status di laman sosial, memberitahu pemandu teksi terbabit tidak mengaku ada berkasar dengan gadis-gadis tersebut. Berikut petikannya:
Salam semua, driver teksi yang korang dok kutuk itu merupakan salah seorang kakitangan office ambe. Nama dia Cikgu Azmi. Kitorang panggil dia cikgu sebab dia mengajar driver cara memandu Prime Mover (tau tak? Trailer la) dengan cara yang betul.
Dia bukan full time bawa teksi tetapi dia ada lesen teksi dan merupakan seorang bekas tentera.
Kisahnya bermula apabila kereta Myvi budak-budak itu melanggar teksi Cikgu Azmi dan blah macam tu je. Cikgu Azmi nak kejar sebab nak settle tetapi diorang pecut menghala ke Shah Alam.
Last-last dapat block kereta mereka di Petron Seksyen 7 Shah Alam.
Keluar je dari kereta, dihambur segala cacian. Korang dah tengok video itu kan.
Aaa, lupa nak cakap, Cikgu Azmi ni selalu jadi imam di surau office kami.
Okay, sambung cerita, kesan dari amukan tersebut, telefon Cikgu Azmi telah retak. Kos baikpulih pula menelan belanja RM600.
Untuk menguatkan fitnah terhadap Cikgu Azmi, salah seorang budak ini telah memecahkan cermin kereta diorang sendiri. Terdapat kekelakaran di situ.
Habis on-scene punya cerita.
Sampai di Balai Polis, sedang Cikgu Azmi membuat laporan polis, datang bapa budak-budak itu yang bergelar Datuk. Datang bising-bising terus menumbuk muka Cikgu Azmi. Seterusnya datang makcik a.k.a Datin melempang muka Cikgu Azmi. Darah bercucuran di lantai balai polis.
Untuk pengetahuan korang, Cikgu Azmi tidak langsung menggunakan kekerasan dalam kes ini. Harap dapat menjelaskan segala kekeruhan yang timbul.
mynewshub.cc
Apa pun, kita serahkan sajalah kes ini untuk disiasat polis memandangkan kedua-dua belah pihak telah pun membuat laporan masing-masing.
Pada masa sama ambillah pengajaran, jangan dibiarkan perasaan marah menguasai diri hingga hilang pertimbangan baik dari segi percakapan mahu pun perbuatan.
Semata-mata kerana material (kereta dan telefon bimbit) tudung tah ke mana..  status haji pun tah ke mana…
- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Driver Teksi Nafi Ada Berkasar, Dakwa Difitnah Gadis MyVi"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info