BV

Ouch! Lelaki Kena Kapak Di ‘Anu’ Masa Demo Subjek Fizik



VIDEO menyaksikan seorang lelaki terkena pukulan sebilah kapak semasa melakukan demonstrasi untuk mata pelajaran Fizik telah mendapat perhatian ramai dan tersebar luas kini.
Rakaman video menunjukkan, seorang lelaki menghayun kapak ke atas seorang individu untuk memecahkan bongkah batu yang dipegangnya namun tersasar dan terkena di celah kemaluannya.
Ramai menganggap, lelaki yang sedang baring itu adalah pelajar manakala yang menghayun kapak adalah gurunya justeru teruk jugalah ‘si guru’ itu dikecam kerana dianggap melampaui batas.
Namun, ternyata apa yang dilihat menerusi video itu tidak sama seperti disangkakan.
Menurut sumber, lelaki yang sedang baring dan memegang bongkah batu itu adalah guru manakala lelaki yang menghayunkan kapak itu adalah pembantu makmal.
Sumber itu turut menyatakan, ekoran insiden tersebut guru itu tidak mengalami sebarang kecederaan teruk, cuma caranya berjalan sahaja agak kelakar untuk beberapa hari..
- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Ouch! Lelaki Kena Kapak Di ‘Anu’ Masa Demo Subjek Fizik"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info