BV

Mak Cik Bertindak Ganas Ludah Dan Pukul Pelancong Asing Guna Payung



Kerana terlalu marah hanya kerana dijerit seorang mak cik telah bertindak menyerang dua orang panlacong Perancis menggunakan payung di Krokop, Miri.

Menurut sumber kejadian ini dipercayai terjadi dalam pukul 11.00 pagi di tempat parking kereta apabila mak cik tersebut dikatakan mengundur kereta hampir mengenai ibu wanita Perancis tersebut.

Kerana terkejut dengan kejadian itu wanita Perancis itu menjerit kerana bimbang ibunya yang berdiri hanya beberapa inci di belakang kereta wanita itu dilanggar.

Tetapi jeritan wanita Perancis itu menyebabkan pemandu wanita terbabit berang.

Sambil melangkah keluar dari keretanya, pemandu wanita itu terus meludah mangsa sebelum memukulnya menggunakan payung di bahagian dahi.



Terdapat seorang wanita melalui kawasan tersebut telah cuba menyabarkan mak cik berkenaan dengan menyuruh mak cik tersebut meminta maaf tetapi tidak diendahka.

Wanita itu sebaliknya memilih untuk terus marah dan memandu pergi dari tempat kejadian.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka akibat diserang dengan payung. Kereta mangsa juga turut dihentak sehingga calar.

Bagaimanapun, mangsa berjaya mengambil gambar keretanya dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Miri pada hari yang sama. - Siakapkeli.com.my
0 Komentar untuk "Mak Cik Bertindak Ganas Ludah Dan Pukul Pelancong Asing Guna Payung"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info