BV

Nenek Bancuh Serbuk Coklat Tamat Tempoh 25 Tahun Lalu



VICENZA – Seorang nenek hampir meracun seluruh anggota keluarganya apabila dia membancuh minuman serbuk coklat yang telah tamat tempoh sejak 25 tahun lalu secara tidak sengaja.
Ia menyebabkan nenek itu, Rosetta, 77, bersama suami, cucu dan dua kawan cucunya yang berusia antara sembilan dan 12 tahun, terpaksa dibawa ke unit kecemasan selepas muntah.
Salah seorang daripada budak-budak berkenaan terpaksa dirawat selama 20 hari di hospital.
Perkara sebenar hanya diketahui apabila pihak berkuasa melihat pembalut minuman coklat terbabit yang telah tamat tempoh pada 1990.
Rosetta membeli serbut coklat dalam bungkusan kecil itu pada penghujung 80-an, ketika Tembok Berlin masih kekal utuh, protes Dataran Tiananmen masih berlaku serta Margaret Thatcher menjadi Perdana Menteri Britain.
Dia terlupa membuang serbuk coklat itu dan kemudian membancuhnya selepas cucunya meminta air coklat panas untuk dimunum.
Meskipun kejadian itu satu kemalangan, namun nenek berkenaan dituduh menyebabkan kecederaan.

- MYNEWSHUB.cc
0 Komentar untuk "Nenek Bancuh Serbuk Coklat Tamat Tempoh 25 Tahun Lalu"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info