BV

Video: Air Terjun Larangan Ini Ibarat ‘Syurga Tersembunyi’



SIAPA sangka, disebalik pembangunan di kawasan Puchong, Selangor terdapat satu tempat yang diibarat ‘syurga tersembunyi’ di Malaysia yang digelar ‘Blue Lagoon’.
Pendedahan sekumpulan pemuda yang merakam kawasan air terjun ini bakal membuatkan sesiapa sahaja yang menonton akan terpersona melihat keunikan dan keindahan alam semula jadi ini.
Video : https://youtu.be/a_J8ygvOtP8
Kepenatan meredah hutan selama dua jam bagi menyaksikan panorama indah air sungai yang berwarna hijau kebiruan nyata berbaloi buat mereka.
Namun, disebalik ‘kejelitaannya’ ada cerita yang tersendiri.
Ini kerana air terjun yang terletak di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong ini merupakan kawasan larangan dan dijaga oleh renjer hutan.
Hanya pengunjung tertentu sahaja boleh mendapatkan kebenaran khas atau memasuki ‘syurga’ ini.
Kawasan ini juga merupakan tempat penyelidikan bagi pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM).
Meskipun keindahannya tidak boleh dikecapi oleh masyarakat umum namun kami yakin dengan adanya larangan ini mampu menjaga khazanah berharga yang tidak ternilai ini.

- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Video: Air Terjun Larangan Ini Ibarat ‘Syurga Tersembunyi’"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info