BV

Gempar, Mahkamah Jitra Terima Panggilan Bom palsu


GAMBAR HIASAN

JITRA – Mahkamah Jitra gempar buat seketika selepas kakitangannya menerima panggilan bom palsu daripada seorang lelaki tidak dikenali awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd. Rahim Abdullah berkata, seorang kerani mahkamah telah memaklumkan kepada pihak polis kira-kira 9.30 pagi tadi tentang panggilan berkenaan daripada seorang lelaki.
Katanya, kerani itu mengatakan pemanggil dipercayai berbangsa India berdasarkan telor percakapannya.
Orang itu mendakwa bom akan meletup dalam tempoh tiga minit, kata Abd Rahim.
Beliau berkata, pemeriksaan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan dibantu oleh anggota Polis Kubang Pasu tidak menemui sebarang objek mencurigakan.
Polis kemudian mengisytiharkan kawasan persekitaran mahkamah itu selamat dan mahkamah dibenarkan menyambung semula prosidingnya. – BERNAMA

Sumber : mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Gempar, Mahkamah Jitra Terima Panggilan Bom palsu"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info