BV

Kesian.. Anjing Tersepit Kat Bumper Kereta Sejauh 248KM



SEEKOR anjing jalanan terselamat daripada maut walaupun badannya tersepit dalam bumper kereta sejauh 248 batu perjalanan di Fenghuang, China, baru-baru ini.
Pemandu kereta tersebut, Mr. Zhang yang menceritakan kisah itu berkata, “Saya memandu dalam keadaan agak laju ketika terlanggar anjing tersebut. Saya ingatkan anjing itu dah mati ataupun berjaya melarikan diri, sebab itu saya tak keluar dari kereta.”
dog1
Namun, selepas beberapa batu perjalanan baru Zhang menyedari ada bunyi salakan anjing dari bawah kenderaannya menyebabkan dia terdetik untuk berhenti memeriksa.
Sebaik menyedari anjing itu tersepit, Zhang terus memandu keretanya ke klinik haiwan berhampiran tanpa mengeluarkan anjing malang itu terlebih dahulu.
dog2
Selepas insiden itu, Zhang akhirnya mengambil keputusan untuk memelihara anjing itu kerana mempercayai takdir sudah tertulis untuknya bergelar tuan kepada anjing jalanan tersebut.
- MYNEWSHUB.CC
1 Komentar untuk "Kesian.. Anjing Tersepit Kat Bumper Kereta Sejauh 248KM"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info