BV

`Pamela Anderson Romania’ Disaman Doktor Pembedahan Plastik



Romania – Gurauan yang memakan diri. Itu berlaku kepada seorang penyampai televisyen, Simona Trasca, 34, yang terkenal dengan gelaran `Pamela Anderson’ apabila dia disaman oleh seorang pakar bedah plastik.
Ia gara-gara gurauan Simona bahawa pembedahan membesarkan payu dara yang dilakukan oleh Dr. Marek Valcu amat murah hinggakan pakar bedah plastik itu tidak boleh membayar cukai.
Keadaan ini menyebabkan Valcu mengambil tindakan menyaman Simona kerana kata-katanya itu dianggap sebagai fitnah.
Simona mengeluarkan kenyataan itu dalam satu temu bual dengan menjadikan pembedahan berkenaan sebagai satu bahan gurauan.
“Saya mendapat bayaran yang kecil untuk kerja yang besar, malah ia hanya RM1,900 sahaja,’’ katanya.
Dia kemudiannya mengaku bahawa kos sebenar yang dibayar untuk pembedahan membesarkan payu daranya adalah RM16,000.
Mahkamah bagaimanapun menyebelahi Valcu dan mengarahkan Simona membayar pampasan berjumlah RM8,000.
Selain itu, Simona juga diarahkan membeli iklan di dalam akhbar utama di Romania dan menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini adalah tidak benar. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "`Pamela Anderson Romania’ Disaman Doktor Pembedahan Plastik"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info