BV

Mayat Lelaki Bogel Ditemui Di Perumahan PPR Cheras



PENEMUAN mayat seorang lelaki yang dibungkus dalam kanvas merah menggemparkan penduduk Projek Perumahan Rakyat Seri Rakyat, Cheras, di sini, pagi tadi.
Penemuan itu disedari orang awam yang melalui salah sebuah bangunan pangsapuri tersebut kira-kira jam 8.16 pagi sebaik terlihat kaki manusia di tepi dinding bangunan tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, mayat lelaki dipercayai warga Bangladesh itu dijumpai dalam keadaan berbogel dan dibungkus dengan kanvas berwarna merah.
“Pemeriksaan mendapati kedua-dua hujung ibu jari kaki mangsa diikat dengan tali namun tiada kesan tompokan darah atau senjata ditemui sekitar mangsa.
“Mangsa warga Bangladesh itu dipercayai ditinggalkan kurang daripada 24 jam,” katanya memetik sumber The Rakyat Post.
Polis percaya perbuatan itu dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab meletakkan mayat mangsa di tepi bangunan perumahan tersebut.
Sekeping nota kecil turut ditemui berhampiran mayat yang mengandungi butiran mengenai mangsa.
Siasatan awal juga kematian lelaki itu tiada unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk proses bedah siasat. 

– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Mayat Lelaki Bogel Ditemui Di Perumahan PPR Cheras"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info