BV

Rain Nafi Jual Rumah Untuk Berkahwin


Rain dilaporkan menjual kediamannya sebagai persiapan untuk berkahwin.

PENYANYI Rain dilaporkan telah menjual kediamannya mewahnya yang terletak di Samseong-dong, Seoul sebagai persiapan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Kim Tae Hee.
Menurut laporan Soompi, Rain dikatakan menjual rumah tersebut dengan harga tinggi dan mengumpul wang tersebut sebagai aset peribadinya. 
"Memang benar dia telah menjual rumahnya yang terletak di Samseong-dong tetapi hasil jualan tersebut bukan untuk memperbiayai pernikahannya," kata sumber.
Rain dikhabarkan terkejut selepas mendengar berita itu dan dia kini dilaporkan tinggal bersama keluarganya.


Sumber : mstar.com
0 Komentar untuk "Rain Nafi Jual Rumah Untuk Berkahwin"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info