BV

Wanita Dibenar Cerai Suami Kaki Tidur



Kaherah – Seorang wanita muda dibenarkan bercerai daripada suami yang dikahwininya sebulan lalu kerana lelaki itu kuat tidur, lapor akhbar ‘Al Youm Al Sabea’a’.
Mahkmah Keluarga Masr Qadima mengeluarkan keputusan memihak kepada wanita itu selepas dia mendakwa suaminya selalu tidur lebih 15 jam sehari menyebabkan dia tidak berpeluang duduk dan bercakap dengannya sejak mereka berkahwin.
Wanita itu mendakwa, suaminya tidur setiap hari sebaik pulang dari kerja.
Malah dia juga akan tidur ketika sedang menonton televisyen atau berbual dengan tetamu dan anggota keluarga yang datang melawat mereka.
Si suami mendakwa dia tidak menghidap sebarang penyakit, cuma dia ketagih tidur.
Wanita itu berkata dia tidak tahu ketagihan suaminya sebelum mereka berkahwin dan kini malu dengan tabiat suaminya itu. – Agensi
0 Komentar untuk "Wanita Dibenar Cerai Suami Kaki Tidur"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info