BV

Germanwings: Co-Pilot Jumpa Lebih 5 Doktor Psikiatri



SEBUAH pesawat terbang Germanwings melintasi ibu pejabat Germanwings semasa berlepas dari lapangan terbang Cologne-Bonn. - Foto REUTERS

DUSSELDORF – Pembantu juruterbang pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis dilaporkan meminta bantuan lebih dari lima doktor psikiatri untuk merawat masalah kemurungan yang dihadapinya.
Apabila namanya yang dikatakan sengaja menjunamkan pesawat Gemanwings menjadi tajuk utama media seluruh dunia, ianya mengundang beberapa doktor tampil memberikan keterangan dan menunjukkan bukti bahawa Andreas Lubitz adalah pesakit mereka.
Pendedahan ini sangat mengejutkan dan menunjukkan masalah kemurungan dihadapi Lubitz sudah lama dan berada di tahap kritikal.
Lubitz dikatakan telah berjumpa dengan pakar psikiatri dan juga neurologi bagi membantu mengatasi penyakit kemurungannya.
Pelbagai pihak kini meminta penjelasan dari syarikat penerbangan Germanwings yang tidak memantau situasi pekerja penerbangan mereka terutamanya juruterbang dan anak kapal.
Ada antara doktor yang ditemui menyatakan, Lubitz mengalami masalah kemurungan berpanjangan dan tidak sesuai meneruskan kerjayanya sebagai juruterbang.
Seorang doktor lain pula menyatakan Lubitz sedang dalam rawatan mengatasi masalah kemurungan dan sewajarnya dia tidak dibenarkan terbang apatah lagi membawa 150 orang penumpang dan anak kapal.
Terdahulu, penyiasat mendedahkan bahawa kotak hitam kedua mengesahkan Lubitz membawa pesawat terbang rendah sebelum terhempas di pergunungan Alps.
Pihak berkuasa Perancis yang telah memeriksa kotak hitam kedua pula berkata, data yang direkodkan menunjukkan Lubitz beberapa kali melajukan pesawat.
- MIRROR UK
0 Komentar untuk "Germanwings: Co-Pilot Jumpa Lebih 5 Doktor Psikiatri"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info