BV

Kes Ibu Tak Dibenar Saksi Konvo Anak, Dr Sahol Pertahan Staf UiTM



SUSULAN kontroversi seorang ibu tidak dibenarkan memasuki dewan konvokesyen kerana tidak mematuhi etika berpakaian ditetapkan, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar tampil mempertahankan tindakan dibuat oleh staf yang bertugas ketika kejadian.
Menurut beliau, etika berpakaian ketika menghadiri konvokesyen baik untuk pelajar, ibu bapa serta tetamu lain bukanlah satu peraturan baharu. Sebaliknya, ianya sudah lama diamalkan selain dinyatakan dengan jelas dalam kad jemputan yang diedar oleh pihak universiti.
“Etika ini perlu diikuti kerana ia melibatkan disiplin. Sekiranya tidak ditetapkan etika ini maka pelbagai ragam pakaian akan dikenakan,” kata beliau, dalam satu laporan disiarkan portal The Rakyat Post.
Walaupun isu ini kelihatan remeh, Sahol berkata ia membabitkan disiplin penuntut serta mereka yang menghadiri majlis konvokesyen.
“Penuntut sudah bijak untuk berfikir dan kami selalu nasihatkan mereka agar mengikut peraturan ditetapkan,” ujarnya.
Sebelum ini, Mynewshub ada melaporkan mengenai kisah seorang ibu dari Sarawak, Marjorie Abdullah yang tidak dibenarkan memasuki dewan majlis konvokesyen anak perempuannya gara-gara tidak mengikut etika berpakaian ditetapkan pihak universiti.

Tak Patuh Etika Pakaian, Ibu Dilarang Saksikan Anak Konvo

Luahan yang pada mulanya disiarkan ibu berkenaan di laman Facebook, pantas menjadi viral bila mana banyak pihak mengkritik staf universiti terbabit yang dianggap tidak bertimbang rasa memandangkan wanita tersebut datang jauh dari Sarawak semata-mata ingin menyaksikan majlis graduasi anaknya.
marjorie_3.jpgWN
11133733_1093761323973340_2568531790456066810_n.jpgWM
Bagi kami isu ini adalah perkara lumrah apabila menyentuh soal peraturan dibuat manusia dengan budi bicara.
Tidak ada siapa yang silap kerana ianya dua perkara berbeza… si ibu dikira berada di pihak teraniaya jika dilihat pada aspek kemanusiaan manakala pihak universiti pula, tidak boleh dikatakan bersalah kerana ianya adalah peraturan yang sudah lama dibuat dan dipatuhi umum.
Apa pun pengajaran yang boleh diambil daripada insiden ini adalah setiap waris penuntut yang ingin menghadiri majlis konvokesyen mesti mematuhi etika berpakaian digariskan jika tidak mahu terlepas momen penting itu.
Manakala satu lagi pengajaran.. cubalah sekali sekala fahami kesulitan orang lain dengan meletakkan si polan yang mengharapkan pemahaman daripada anda itu adalah diri anda sendiri. Bayangkan betapa hampanya diri apabila rayuan tidak diendahkan semata-mata mengikut undang-undang manusia yang sepatutnya masih punyai ruang untuk budi bicara..
- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Kes Ibu Tak Dibenar Saksi Konvo Anak, Dr Sahol Pertahan Staf UiTM"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info