BV

Internet Sebabkan Pasangan Di Britain Kurang Lakukan Seks



KEWUJUDAN Internet dikatakan menjadi faktor utama kenapa pasangan di Britain kurang mengadakan hubungan seks sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut seorang professor dari Universiti Cambridge, David Spiegehalter, dari kajian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kekerapan hubungan seks yang dilakukan pasangan suami isteri dan kekasih di sana menurun hanya tiga kali sahaja dalam sebulan.
Sebelum ini pada 2000, kebanyakan responden mengatakaan dalam sebulan mereka pasti akan melakukan hubungan intim sebanyak empat hingga lima kali sebulan.
Menurut Spiegehalter, faktor utama penyumbang kepada perkara ini adalah kerana kewujudan internet serta telefon pintar yang menyebabkan setiap individu itu lebih asyik dan enak dibuai dengan dunia maya tanpa mempedulikan orang kesayangan mereka.
“Sebelum ini memang ramai yang pandai bahagikan masa di antara kehidupan dalam dunia maya dan dunia realiti.
“Tapi sekarang semuanya sudah bercampur. Mereka lebih gemar memeriksa emel setiap masa. Ini membuatkan mereka kehilangan masa privasi untuk bersama (melakukan seks) insan tersayang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Internet Sebabkan Pasangan Di Britain Kurang Lakukan Seks"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info