BV

Rompak Barang Kemas RM1.08 Bilion


SEORANG anggota forensik polis memasuki pejabat Hatton, semalam.

London – Sekumpulan penjenayah merompak barangan kemas termasuk berlian berjumlah £200 juta (RM1.08 bilion) di sebuah bilik kebal di sini sekali gus menjadi rompakan terbesar dalam sejarah.
Kumpulan itu merompak kira-kira 300 peti simpanan di sebuah bilik kebal Hatton Garden, daerah yang terkenal dengan perniagaan berlian di sini, lapor polis dan media kelmarin.
Rompakan berani dan terancang itu dipercayai berlaku ketika cuti perayaan Easter pada minggu lalu dan ia hanya dilaporkan kepada polis pada awal pagi kelmarin.
Media melaporkan, penjenayah itu pada mulanya mematikan sistem penggera canggih yang terdapat di bangunan berkenaan.
Mereka kemudiannya menggunakan tali untuk turun melalui laluan lif ke bilik kebal sebelum menggunakan mesin berat bagi memotong bilik berkenaan.
Menurut Polis Metropolitan London, peralatan memotong berat digunakan untuk memasuki bilik kebal dan memecahkan peti keselamatan tetapi jumlah kerugian tidak dapat dianggarkan.
Stesen televisyen Sky News melaporkan terdapat kira-kira 600 peti keselamatan di dalam bilik kebal itu.
Syarikat itu yang ditubuhkan pada 1954 dan antara syarikat pertama di Britain yang menawarkan perkhidmatan peti simpanan keselamatan. – Agensi
0 Komentar untuk "Rompak Barang Kemas RM1.08 Bilion"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info