BV

Selamatkah Makanan Anda? Pastikan Tak Keracunan..



SECARA tiba-tiba Alisa terdiam. Ah sudah.. getus hatinya.
Tangannya segera menekan perut yang terasa mengeras. Dapat dirasakan angin menerjah bahagian kiri perut sebelum reda beberapa detik kemudian.
Tak sempat menarik nafas lega, angin itu dapat dirasakan berkumpul di dalam usus sampai padat, bergabung menjadi taufan lantas menggodak isi perutnya seolah-olah meronta mahu keluar sekejapan itu juga.
Dalam keadaan menahan senak sambil terkocoh-kocoh berlari ke tandas, Alisa menyumpah-nyumpah penjual nasi ayam di pasar malam berhampiran rumahnya semalam.
Pada masa sama, dia berjanji pada diri untuk lebih hati-hati memilih makanan yang akan masuk ke perutnya dan tidakkan lagi dijamah apa-apa pun yang dirasakan ‘semacam’ seperti ayam masak merah semalam, yang memang terasa sedikit masam dan berbuih kuahnya namun dilahap juga kerana terlalu lapar.
penyebab-maag

Kes makanan tercemar hingga mengakibatkan jatuh sakit atau lebih dikenali sebagai keracunan makanan seperti dialami Alisa, bukanlah asing dalam masyarakat kita.
Tidak hanya terbatas pada makanan tepi jalan, makanan yang terhidang di rumah juga sebenarnya boleh tercemar atas pelbagai faktor.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati, lebih 200 jangkitan penyakit berpunca daripada makanan yang tercemar dengan bakteria, parasit, virus dan bahan kimia.
Kuman yang biasa ditemui pada makanan tercemar adalah Norovirus, Salmonella, Clostridium perfringens dan Campylobacter yang mampu mendatangkan simpton berupa pening, mual, muntah, sakit perut dan cirit birit.
Walaupun kesakitan akibat makanan tercemar mudah dirawat, kematian biasa berlaku terutama apabila sakit  melarat hingga mengganggu fungsi organ.
Golongan yang memiliki sistem imun badan lebih rendah seperti kanak-kanak, wanita mengandung dan warga emas terutamanya, berisiko tinggi menerima padah lebih besar jika tersilap makan termasuk mengalami keguguran atau kegagalan buah pinggang.
RAGUT JUTAAN NYAWA
Di sebalik tanggapan ramai bahawa jatuh sakit akibat ‘silap makan’ adalah perkara biasa, WHO mendedahkan jutaan manusia seluruh dunia maut setiap tahun disebabkan makanan tercemar yang masuk ke perut mereka.
Malah penyakit cirit birit yang sebahagian besar puncanya daripada makanan dan minuman telah meragut nyawa hampir 1.5 juta kanak-kanak saban tahun.
Makanan tercemar merupakan masalah global di mana negara maju seperti Amerika Syarikat pernah mencatat 52 kematian pada 1985 berpunca daripada keju lembut stail-Mexico yang telah dicemari bakteria terlepas dijual di pasaran.
16 Mei tahun lalu pula, 11 kes membabitkan keracunan makanan akibat bakteria E. coli direkodkan di sana. Selepas disiasat ia didapati datang daripada daging lembu edaran Wolverine Packing Company yang beribu pejabat di Detroit, Michigan telah tercemar dengan bakteria tersebut.
Di Malaysia, antara kes yang mendapat perhatian masyarakat adalah kematian empat penduduk sebuah kampung di Kedah dua tahun lalu selepas memakan lauk masak merah di sebuah kenduri.
Keratan akhbar menceritakan kematian tragis akibat makan lauk kenduri di Kedah, dua tahun lalu.
Keratan akhbar menceritakan kematian tragis akibat makan lauk kenduri di Kedah, dua tahun lalu. 
Pada Mac tahun lepas pula, seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun meninggal dunia manakala 16 yang lain terpakasa dirawat di hospital gara-gara jatuh sakit selepas memakan makanan yang dibeli di satu pasar malam di Kuala Terengganu.
Terdapat banyak kesilapan yang boleh membawa kepada pencemaran makanan sekaligus membuatkan ianya tidak lagi selamat dinikmati.
Oleh sebab itu, masyarakat harus didedahkan kepada beberapa etika dalam memastikan makanan yang dikunyah masuk perut tidak berbahaya kepada kesihatan mereka.
Antaranya menjadikan perbuatan mencuci tangan satu amalan.
Selain itu, harus diambil berat dan dibersihkan selalu adalah permukaan meja makan, peralatan memasak dan papan pemotong agar ianya tidak dihinggapi kuman yang menanti untuk menjangkiti makanan manusia.
Tak hanya tangan, kebersihan meja makan juga perlu diberikan perhatian.
Kebersihan meja makan perlu sentiasa diberikan perhatian. 
Sayuran dan buah-buahan pula, harus dicuci di bawah aliran air bersih untuk menghilangkan sisa kimia kesan penggunaan racun serangga yang mungkin terdapat padanya sebelum dijamah.
Cuci sayuran di bawah aliran air bersih untuk menghilangkan kuman dan mungkin sisa kimia kesan penggunaan racun serangga.
Cuci sayuran di bawah aliran air bersih untuk menghilangkan sisa kimia kesan penggunaan racun serangga.
Satu lagi tip paling penting adalah mengasingkan makanan sedia dimakan dengan makanan mentah seperti daging, ayam, telur, ikan, sotong dan lain-lain yang belum dimasak. Hal ini kerana makanan mentah boleh menyebarkan kuman dengan mudah apabila disentuh.
Asingkan daging, ikan dan bahan yang perlu dimasak daripada makanan sedia dijamah kerana kuman amat mudah tersebar selepas menyentuh bahan mentah.
Asingkan daging, ikan dan lain-lain bahan makanan belum dimasak daripada makanan sedia dijamah kerana kuman amat mudah tersebar selepas menyentuh makanan mentah.
Selain itu, setkan bahagian sejuk beku peti ais berada pada suhu -20′C dan kelaskan makanan di dalamnya dengan betul seperti mengasing makanan mentah, sayur sayuran dan minuman di bahagian khas.
Apabila memasak, pastikan suhu yang digunakan cukup untuk membunuh kuman kerana tempoh masak setiap bahan adalah berbeza.
Bagaimanapun jika anda tidak bercadang mahu masak atau jamah makanan dengan segera, lakukan penyimpanan kerana  kuman boleh membiak di kebanyakan makanan dalam tempoh dua jam sahaja kecuali ia disimpan dalam peti ais.
KEMPEN KESELAMATAN MAKANAN
Sempena Hari Kesihatan Sedunia pada 7 April, WHO melancarkan kempen Keselamatan Makanan untuk memberi kesedaran kepada kerajaan, pengilang, pengedar dan orang awam di seluruh dunia tentang kepentingan memastikan makanan mereka benar-benar bersih dan tidak mendatangkan mudarat kepada tubuh.
Bertemakan pertanyaan “Sejauh Mana Selamat Makanan Anda?” dan “Dari Ladang Ke Pinggan, Pastikan Makanan Selamat” segenap lapisan masyarakat disaran agar memberikan perhatian ekstra terhadap makanan yang terhidang di hadapan mereka selepas ini.
- See more at: http://mynewshub.cc/2015/04/07/selamatkah-makanan-anda-pastikan-tak-keracunan/#sthash.6bVQ3gao.dpuf
0 Komentar untuk "Selamatkah Makanan Anda? Pastikan Tak Keracunan.."

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info