BV

Guru Disamun Dalam Tadika


Gambar Hiasan

BESUT – Seorang guru wanita sebuah Tadika di Gong Kepas, Kampung Raja di sini disamun wang tunai, barang kemas dan kamera semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata kejadian berlaku kira-kira 7.15 pagi ketika guru itu bersendirian dan sedang menunggu kehadiran murid-muridnya.
Beliau berkata mangsa kemudiannya didatangi tiga lelaki yang berkereta.
“Seorang suspek dilapor mengacu pisau ke leher mangsa sambil meragut rantai, gelang tangan, cincin, wang tunai RM800 dan sebuah kamera,” katanya.

Sumber : mynewshub.cc
0 Komentar untuk "Guru Disamun Dalam Tadika"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info