BV

Zizie Izette Rindu Mahu Berlakon, Tekad Turunkan Badan Dulu



Zizie Izette mengakui dia rindukan bidang lakonan setelah lama tidak muncul di kaca televisyen mahupun filem.
Namun, dia berazam untuk menurunkan dahulu berat badannya jika ingin kembali ke dalam industri.
“Saya rindu nak berlakon, memang saya mahu buat cpmeback tetapi saya mahu turunkan badan saya dulu sebelum membuat kemunculan semula nanti.”
“Selain itu, saya pernah terfikir nak berlakon dengan Sam tetapi saya takut nanti kami lebih banyak gelak,” katanya kepada portal Malaysian Digest.
Pelakon ini juga lebih selesa dengan kehidupan low profile seperti sekarang terutamanya jika melibatkan hal privasi dan insan tersayang.
“Tiada apa-apa perkembangan terbaru dan sensasi untuk saya kongsikan. Saya menjalani kehidupan yang biasa-biasa saja, Saya selesa dan seronok dengan kehidupan low profile. Kali ini pun saya datang kerana dijemput sebagai penyampai ABPBH 2014.”
“Sebenarnya, sejak dari dulu lagi saya memang tidak suka dunia glamor tetapi kerjaya membuatkan saya dikenali ramai orang. Saya lebih senang dan suka berada dalam dunia saya sendiri bersama keluarga dan kawan-kawan saya sendiri. Saya selesa macam tu,” katanya.
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Zizie Izette Rindu Mahu Berlakon, Tekad Turunkan Badan Dulu"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info