BV

Aksi Cium Mulut Johan & Ozlynn Cetus Kontroversi



BAGI yang berkesempatan menyaksikan Anugerah Bintang Popular 2014 (ABP 2014) pastinya anda perasan dengan satu babak di mana saat nama Johan dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, deejay radio Era itu terus mencium bibir isteri, Ozlynn yang setia menemaninya di sebelah.
Walaupun mereka merupakan pasangan suami isteri yang dah halal untuk melakukan aksi sedemikian namun tak ramai yang berapa menyukai ‘public display of affection’ yang ditunjukkan oleh pasangan popular ini.
Ada yang memberikan pelbagai reaksi berbeza di media sosial mengatakan perbuatan mereka tidak manis dipertontonkan buat tatapan umum memandangkan majlis anugerah itu disiarkan secara langsung dan ditonton oleh masyarakat pelbagai lapisan peringkat umur termasuk kanak-kanak.
Namun, ada juga yang tampil mempertahankan perbuatan Johan kerana menyifatkan perkara itu terjadi secara spontan dan mungkin disebabkan Johan terlalu teruja dengan kemenangannya.
Mungkin lepas ni, Johan perlulah lebih berhati-hati dengan tingkah lakunya kerana sebagai public figure, banyak mata yang memerhatikan apa sahaja yang anda lakukan di luar sana. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Aksi Cium Mulut Johan & Ozlynn Cetus Kontroversi"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info