BV

Nahas Helikopter: Ahli Keluarga Tuntut Mayat Juruterbang



Mayat juruterbang nahas helikopter terhempas, Kapten Cliff Fournir dilaporkan telah dikenal pasti dan dikeluarkan malam tadi.
Menurut sumber polis, mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga Fournier yang tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.15 malam tadi.
Menerusi laporan mStar Online, wakil dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS) turut hadir bersama bagi menyiapkan dokumen berkaitan pengeluaran mayat Fournier.
Nahas helikopter yang mengorbankan enam nyawa.
Nahas helikopter yang mengorbankan enam nyawa.
Fournier merupakan juruterbang helikopter jenis S365 milik IGB Corporation yang terhempas di Semenyih, petang Sabtu lalu.
Nahas yang menggemparkan negara itu telah mengorbankan enam nyawa termasuk Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
Dalam pada itu, mangsa keenam nahas helikopter masih belum dikenal pasti sebagai Aidana Baizieva.
Ahli keluarga Aidana dipercayai berada di Kedutaan Kyrgyzstan masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).  - MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Nahas Helikopter: Ahli Keluarga Tuntut Mayat Juruterbang"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info