BV

Ais Krim Berharga RM3,023 Mungkin Paling Mahal Di Dunia





DUBAI – Jika anda berasa cukup kaya, barang kali harga ais krim ini menyebabkan anda terkesima untuk mencubanya berbaloi dengan harga jualannya dan lebih istimewa, tanpa dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Akhbar-akhbar Emiriah Arab Bersatu (UAE) melaporkan, sebuah kedai pencuci mulut di Dubai melancarkan aiskrim yang dianggap paling mahal di dunia dengan harganya murah hanya serendah 3,000 dirham (kira-kira RM3,023).
Penciptanya, seorang peniaga dari India, Zubin Doshi berkata, harga mahal itu sebenarnya masih lagi murah dan memang pun dianggap wajar setelah mengambil kira bahan-bahan yang digunakan juga dikecualikan daripada GST.
Ais krim eksklusif dikenali sebagai ‘Black Diamond‘ atau berlian hitam itu diperbuat daripada bahan-bahan bernilai mewah antaraya ‘Italian Truffles’, ‘Ambroisal Iranian Saffron’ dan emas 23 karat yang boleh dimakan begitu sahaja.
Ia kemudian dihidang di dalam mangkuk jenama Versace yang boleh disimpan oleh pembeli dan kini sudah pun dijual di Scoopi Cafe, tidak jauh dari hotel berprestij ikon popular Dubai, Burj Al Khalifa setinggi 830 meter. – Agensi
0 Komentar untuk "Ais Krim Berharga RM3,023 Mungkin Paling Mahal Di Dunia"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info