BV

Amukkan Pemandu Wanita Secara ‘Berjemaah’



ADAB oh adab, perempuan zaman sekarang ini macam sudah tidak ada nilai sopan santun lagi.
Melalui sebuah rakaman video yang baru sahaja diterima kami, kelihatan beberapa wanita ‘naik melenting’ apabila kenderaan mereka dikatakan telah dilanggar secara tidak sengaja oleh kenderaan lain.


Melalui pengamatan kami, kejadian yang dilaporkan berlaku di Shah Alam ini mungkin berpunca daripada kenderaan berwarna merah menghimpit mereka lalu menyebabkan geseran diantara keduanya.
Kedengaran salah seorang wanita mengatakan “haji tidak pukul orang”, yang membuatkan insiden maki hamun antara pengguna jalan raya ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Mungkin video tersebut tidak memaparkan keseluruhan cerita sebenar perkara ini.
Apa-apa pun, tidak perlulah sehingga terpekik mololong ‘bodoh’ dan seorang lagi perempuan dilihat bertindak sehingga memukul perakam video terbabit yang merupakan isteri kepada mangsa maki hamun.
Sikap kurang sabar daripada kedua-dua pihak membuatkan perkara sebegini menjadi lebih merumitkan.
Sebenarnya, perkara seperti ini boleh dibawa berbincang, insuran kereta masing-masing bukannya tidak dibayar kan?
-MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Amukkan Pemandu Wanita Secara ‘Berjemaah’"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info