BV

Kisah 5 Wanita Paling Subur Dalam Sejarah Dunia



JIKA anda berasal dari keluarga yang besar, pasti tidak asing dengan suasana rumah yang meriah, sesak dan relatif bising.
Namun seiring perkembangan zaman, jumlah anak dalam keluarga kini sekitar dua atau tiga orang sahaja.
Sejak 1950-an, paras kesuburan wanita di dunia menurun, daripada purata 4.95 anak per ibu kepada hanya 2.36 anak per ibu. Situasi ini dinamakan paradoks demografi ekonomi iaitu suami isteri memilih untuk ada sedikit anak atas sebab kos sara hidup.
Meskipun berlaku perubahan gaya dan standard kehidupan, masih ada beberapa rekod wanita yang dilaporkan memiliki banyak anak.
Laman web antarabangsa The Richest, menyenaraikan lima wanita dengan anak terbanyak di dunia.
1. Vassilyev (69 orang anak)
Tidak banyak yang diketahui tentang Vassilyev, termasuk nama aslinya. Namun, yang diketahui dari wanita ini adalah dirinya tercatat dalam Guinness World Records sebagai wanita paling subur di dunia dengan 69 orang anak kandung.
Dilaporkan, Vassilyev hidup pada abad ke-18 di Shuya, Rusia, dan jumlah anak teramat banyak itu hasil 27 kali kehamilan antara tahun 1725 hingga 1765, termasuk 16 pasang kembar 2, tujuh pasang kembar 3 dan empat pasang kembar 4.
2. Gravata (62 orang anak)
Keluarga Gravata menggemparkan masyarakat apabila muncul di surat khabar tempatan pada Oktober 1923 yang melaporkan bahawa wanita dari Palermo, Itali ini melahirkan anak yang ke-62. Nama penuh wanita itu ialah Rosa Gravata.
Kehamilannya meliputi dua pasang kembar 3, sepasang anak kembar 4, sepasang kembar 5 dan sepasang kembar 6. Manakala selebihnya adalah kehamilan tunggal tanpa anak kembar dan semua anak Gravata lahir dalam keadaan sihat.
3. Kirillov (57 orang anak)
Dia berasal dari Vvedensky, Rusia, dilaporkan melahirkan 57 anak sepanjang hidupnya hasil daripada 21 kali kehamilan, termasuk di dalamnya 10 pasang anak kembar 2, tujuh pasang kembar 3 dan empat pasang kembar 4.
Tidak banyak yang diketahui tentang Kirillov dan anak-anaknya, tetapi sebuah dokumen awam pernah menyatakan bahawa keluarga Kirillov, termasuk 57 anaknya itu dilaporkan menghadiri satu perbicaraan di mahkamah pada tahun 1755.
4. Leontina Albina (55 orang anak)
Memegang rekod ibu moden dengan jumlah anak terbanyak di dunia, wanita ini lahir di Chile pada 926 dan menyatakan bahawa dirinya adalah ibu 64 orang anak. Namun hanya 55 yang didokumentasi kerena waktu itu catatan rekod awam amat sukar.
Justeru pengakuannya ada 64 anak diragui kesahihannya tetapi menurut suaminya sendiri, 11 orang anak mereka terbunuh ketika bencana gempa bumi melanda Chile dan hanya tinggal baki 40 orang anak yang terus hidup sampai dewasa.
5. Barbara Stratzmann (53 orang anak)
Barbara lahir di Bönnigheim, Jerman, pada tahun 1448 dan dilaporkan telah melahirkan 53 orang anak. Ketika usianya 50 tahun, dia telah melahirkan sebanyak 29 kali, termasuk lima pasang anak kembar 2 dan empat pasang anak kembar 3.
Juga sepasang anak kembar 6 dan sepasang anak kembar 7, namun daripada 53 orang anak Barbara, 19 orang meninggal dunia sewaktu masih lagi bayi dan hanya 34 orang anak yang berjaya hidup lama sehingga usia dewasa. 
– A. AMREE (mynewshub)
0 Komentar untuk "Kisah 5 Wanita Paling Subur Dalam Sejarah Dunia"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info