BV

“Saya Yang Ditendang, Dipukul Terlebih Dahulu..”



INSIDEN pergaduhan di sebuah stesen minyak di Shah Alam baru-baru melibatkan sekumpulan gadis dengan seorang pemandu teksi telah menjadi viral dan mencetus perdebatan hangat di kalangan netizen.
Pemandu teksi terbabit, Azmi Mat Mokhtar didakwa menggunakan kekasaran terhadap salah seorang gadis terlibat namun hari ini menerusi Harian Metro, Azmi, 45, berani bersumpah mengatakan bukan dia yang terlebih dahulu menggunakan kekasaran dalam pergaduhan itu.

Cerita Sebenar Kes Amukan Sekumpulan Gadis Di Shah Alam

“Sebenarnya apa yang didakwa mereka (kumpulan gadis itu) tidak benar malah saya berani bersumpah dengan nama Allah SWT saya ditendang dan dipukul dahulu,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian berlaku di Seksyen 7, Shah Alam itu, dia dan isteri dalam perjalanan menemui anak saudaranya yang belajar di sebuah universiti berdekatan.
Azmi menceritakan, kumpulan gadis itu terlebih dahulu melanggar bahagian hadapan teksinya sebelum pergaduhan mulut berlaku di antara mereka.

Driver Teksi Nafi Ada Berkasar, Dakwa Difitnah Gadis MyVi

Sementara itu, bapa kepada salah seorang wanita yang terlibat berkata pihaknya akan membawa perkara itu ke muka pengadilan selepas membuat laporan polis.
Syed Fareid Yahya berkata, “Saya tidak mahu menuduh mana-mana pihak sama ada anak saya berada di pihak yang benar atau sebaliknya. Biar polis siasat terlebih dulu.
“Biarlah kalau pemandu teksi itu mahu menuduh tapi tak semestinya saya mahu menuding jari kepadanya. Perkara yang berlaku juga membabitkan kes jenayah dan setakat ini saya sekeluarga masih belum membuat perancangan untuk menarik balik kes mahu pun berdamai,” katanya.
Semalam, Mynewshub ada melaporkan seorang individu mendakwa rakan sepejabat pemandu teksi yang terbabit dalam pergaduhan yang viral di laman sosial itu tampil menafikan bahawa pemandu teksi yang dikenali sebagai Cikgu Azmi, ada berkasar dengan kumpulan gadis yang bertengkar dengannya dalam rakaman yang tersebar.
NSTP
Bapa kepada salah seorang wanita yang bergaduh dengan pemandu teksi, Syed Fareid Yahya bersama peguam mereka, Sarah Mohd Ali.

- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "“Saya Yang Ditendang, Dipukul Terlebih Dahulu..”"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info