BV

“Jangan Tembak Saya!” Rayu Spontan Budak Kecil Syria



MINGGU lalu, dunia fotografi antarabangsa dikejutkan dengan sekeping gambar aksi spontan yang cukup menyayat hati jika kita melihatnya sekali imbas.
Foto itu memaparkan gambaran secara semula jadi seorang budak perempuan berusia empat tahun yang mengangkat kedua-dua belah tangannya dengan muka ketakutan.
Gambar riak cemas kanak-kanak comel berusia empat tahun itu yang berpipi tembam dengan sepasang mata berwarna coklat bahkan menjadi viral ke seluruh dunia.
Jurugambar tersebut berkata, aksi itu berjaya dirakamkan di sebuah perkampungan kecil di Syria yang musnah akibat sengketa perang saudara sejak 2011 lalu.
Pada kapsyen foto itu, jurugambar yang tidak didedahkan namanya menulis: “Syrian girl thought the photojournalist was holding a weapon, so she ‘surrendered’.
(Terjemahan: Seorang budak perempuan Syria yang menyangka si jurufoto sedang memegang selaras senjata, maka dia pun terus menyerah dirinya.)
Ekspresi secara spontan itu amat menyentuh perasaan dan ramai memberi komen, tindakan tersebut menggambarkan kesengsaraan emosi kanak-kanak Syria.
Gambar yang disiarkan menerusi laman foto popular Imgur itu sudah ditonton lebih 2 juta kali malah menerima hampir 1,000 komen sejak disiarkan pada minggu lalu.
Dianggarkan kira-kira 200,000 penduduk Syria terbunuh dalam konflik berdarah di negara Arab itu, manakala jutaan lagi menjadi pelarian di Turki dan Jordan. – Agensi


Sumber : mynewshub.cc
0 Komentar untuk "“Jangan Tembak Saya!” Rayu Spontan Budak Kecil Syria"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info